Assalammualikum...
heppy weekend uolls...
aku nak review novel yang aku baca skrg nie,dalam masa 2 hari aku dah khatam...
tue pun waktu malam jelah sblm tdo aku baca...kekeke
REVEIW VERSI AKU :::
Medina Izwani diambil keluarga angkat Abdullah dan Alisa sejak berumur 5 tahun.Keluarga angkat beliau mempuanyai seorang anak lelaki bernama Nazril Shah,Medina diberi kasih sayang oleh keluarga angkat bagai anak sendiri,Medina dituduh memfitnah teman wanita Nazril.dengan memberitahu keluarga Nazril bahawa teman wanitanya Zita berlaku curang dengan lelaki lain.Sejak itu Nazril Shah mengistiharkan "perang" menjadi musuh ketat.Hanya kebencian yang ada di dalam hati Nazril Shah terhadap Medina Izwani.
Mereka dipaksa berkahwin oleh neneknya sebelum Nazril Shah melanjutkan pelajaran di UK,Mereka tidak dapat menolak permintaan neneknya kerana ingin membalas budi atas kebaikan nenek dan tidak sanggup mengecewakan hasrat nenek disebabkan kesihatan neneknya yang kian merosot.
Hancur harapan Medina yang ingin menyambung pelajaran ke Ireland bersama Megat Shazril.
Sepanjang berada di luar negara Nazril tidak pernah mengambil tahu tentang Medina sehinggalah 4 tahun berlalu.,
Nazril pulang ke Malaysia.
Medina menyambung pelajaran di USM,dan dengan tidak disangka Nazril juga bekerja di USM..
Hati Medina semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan Nazril gara-gara neneknya ingin menetap bersama mereka.Sebelum ini Medina tinggal di asrama .
Mereka terpaksa "berlakon" menjadi suami isteri yang paling bahagia di abad ini di depan keluarga Nazril.
Lama kelamaan terbit rasa cinta Nazril terhadap Medina Izwani tetapi disebabkan ego Nazril tidak meluahkan perasaannya.Dia keliru dengan perasaannya sendiri samaada cintakan Medina @ Zita kekasih lamanya sehingga dia melihat sendiri kecurangan Zita ketika mereka pergi bercuti di Bali,Indonesia.
Sejak itu Cinta Nazril hanya untuk Medina Izwani sahaja .Sekali lagi mereka diuji dengan kewujudan Zafril adik kepada Megat Shazril untuk membalas dendam terhadap kematian abgnya Megat Shazril membunuh diri kerana cinta ditolak oleh Medina.
Apa yang dilakukan oleh Zafril???
Dapatkah Nazril dan Medina mempertahankan cinta meraka dan hidup bahagia???
SILa Dapatkan Novel di kedai buku berhampiran...hehe
p/s :yang aku ckp save draf hilang tue review untuk novel Kalau Memang Harus Begitu.
nanti klu aku free aku karang len,tp tak janji tau...hehehe
5 dri 6 novel yg aku beli masih xbukak2 lg,baca KMHB dulu
5 dri 6 novel yg aku beli masih xbukak2 lg,baca KMHB dulu
kredit to nurul kasi pinjam novel yg direview ni