Tuesday, May 7, 2013

PeLaNgI CiNTa BuaT SuaMi

Assalammualaikum...
setle suda mengundi,menjalankan tanggungjawab pada negara...
aku tengok semua pakat dok post gambar jari berdakwat kt
facebook kan...
TAHNIAH pada yang menang...

aku nak kongsikan sedikit,aku baru je abis baca novel 
PELANGI CINTA BUAT SUAMI..



nie sinopsis versi aku...ringkas sahaja yer...

Qalif kematian isteri,dah jadi macam org gila kemurungan duduk dalam bilik jer...
suatu hari si Imanina pergi kenduri tahlil di rumah si Qalif nih
dan terbawak balik diari Qalif yang meceritakan bagaimana dia terlalu menyayangi isterinya Liyana.
Imanina pun terpikat,ingin memiliki qalif dan cuba untuk Qalif menyayanginya sebagaimana cinta Qalif kepada Liyana.,
kebetulan memang mak qalif tue nak bagi kawen sbb tgk Qalif tue teruk dah,
Macam orang tidak siuman/kemurungan.
dan akhirnya mereka berkahwin paksa rela..
Imanina nie punya la dok ambik ati macam2 cara dia buat,nak bagi qalif jatuh cinta dengan dia.
walaupun si Qalif tue marah hina halau dia,dia tetap bersabar...
dan akhirnya dia mendapat cinta Qalif...
bila dah cinta mekar mewangi,dugaan datang melanda...
**biasa cite melayu macam nie la,hahahha...
Qalif dikhabarkan diserang lanun ketika menjalankan tugas atas pelantar minyak di Myanmar.Ketika itu juga imanina dan Qalif tengah berskype,so imanina boleh melihat kekejaman lanun itu.
ketika itu imanina nak bagitau la dia mengandung...
tapi tak sempat la nak bgtau..
Qalif diserang lanun..

Qalif dikhabarkan telah mati,tetapi imanina tidak percaya...kerana tidak melihat mayat dan kuburnya..
Imanina pulak jadi macam qalif dulu,kemurungan ibarat orang tidak siuman
dan dugaan Imanina lebih teruk dari Qalif kerana ketika itu dia sedang mengandung.
Setekah 5 tahun imanina hidup sendirian 
anaknya hanya menumpang kasih seorang bapa daripada kawan baiknya iaitu Shauqi,kawan yang di kenal ketika dia bercuti bersama Qalif,
Imanina setia menunggu Qalif dan akhirnya dia berpaling tadah ingin menerima Shauqi sebagai suami untuk menggembirakan anaknya Humaira.

Dalam dia nak terima Shauqi,dia mendapat berita bahwa polis Myanmar menemui Qalif,Imanina teruja ingin berjumpa suaminya yang dia paling rindui,tetapi alangkah sedihnya Qalif tidak mengenalinya...
suaminya hilang ingatan....

dia kecewa sekali lagi,tidak mendapat cinta suaminya...
berbagai-bagai cara dia buat untuk menambat hati suaminya dan untuk mengembalikan ingatan suaminya
setelah beberapa bulan,Qalif tidak berusaha mengembalikan ingatannya
dan menyalahkan Imanina,hanya ingin kembali ke myanmar ..
sekali lagi imanina putus harapan...
membiarkan Qalif membuat keputusan sendiri,
akhirnya Qalif membaca diari miliknya dan berusaha mengingati dan belajar menyanyangi Imanina ...
akhirnya cinta mereka kembali bertaut....
kini bahagia milik mereka.....


P/S : sorry ayat berterabur...hehehe...
klu tak pahan dapatkan novel kt kedai n baca sendiri,hehehe.....

NoVeL Yg AKu Baca 2012- jan 2013

1:Andai Itu Takdirnya *****
2:Cinta Kau Dan Aku *****
3:M.A.I.D ******
4:Ombak Rindu *** jd filem 2011
5:Adam & Hawa *** jd drama 80 ep 2012
6:Kalau Memang Harus Begitu *****
7:Aku Bukan Misstress **
8:Isteri Separuh Masa ****
9: Mampu Mencintaimu ****
10:Sayang Cikgu Ketat-Ketat ****
11:Nah Untuk Awak ***
12:Cinta Yang Kurasa *
13:Kau Kekasihku ***
14:Kasih yang Suci **
15:Seindah Sakura * jd drama tv3
16 :Kau yang Terindah * jd drama tv3
17:Gemersik Kalbu *jd drama tv3
18:Bukan Tak Sudi
19:Semalam yang ku tinggalkan
20:Cintaku Satu
21:Cinta Hatiku
22:Warna Hati
23:Andainya Bukan Untukku ****
24:Shah & Sha ***

##byk lg baca tp dh lupa,tahap best bergntung pd bpe *