Salam...
Korang rindu aku tak???
Ucap selamat hari raya terus menghilang kan...
takpe,meh kita membaca novel dulu yer...
aku tau mesti korang cakap,eleh novel lama baru nak bace...
kiteorang dah lama khatam....
tapi tue bagi korang...tapi tidak bagi aku....
aku baru jer baca novel nih....meh aku share sikit ...
*entry raye postpone dulu*
Sinopsis versi aku:
Nur Farisya Iman seorang remaja berperwatakan kasar,hidup bersederhana di kampungnya Taiping dan selepas STPM dia mencari perkerjaan untuk menyambung pelajaran ke Universiti, dia mencuba nasib dengan mengikut kawannya baiknya Zamilah ke Kuala Lumpur ,Farisya memohon sebagai driver di Sarikat Zamilah bekerja tetapi hampa,disebabkan satu insiden dia berjumpa dengan Farish Hakimi dan dia diterima bekerja sebagai driver kepada Farish iaitu CEO Syarikat milik majikannya itu.tanpa disedari majikannya Farish telah jatuh hati dengan Farisya,mereka berdua lebih serasi bersama kemana jua pergi...disebabkan itu juga Farisya diminta tinggal di belakang rumah banglo majikannya bersebelahan bilik Mak Yam dan Pak Dollah pembantu rumahnya.
Farisya gembira bekerja di sana.Pada suatu hari ketika Farisya dan Farish berada di Kedah menghadiri mesyuarat ,Farisya telah mendapat berita maknya Mak Timah jatuh sakit dan perlukan pembedahan dengan segera.. pembedahan itu memerlukan duit yang banyak,dengan ikhlas Farish membantu Farisya menanggung segala kos pembedahan.
Sebelum maknya dibedah,Mak Timah membuat satu permintaan supaya anaknya Farisya berkahwin selepas pembedahan secepat mungkin
Farisya bersetuju dan sanggup melakukan apa sahaja demi ibunya yang tercinta.
maknya ingin bermenantukan Farish bosnya sendiri,mustahil baginya berkahwin dengan bosnya sendiri dengan driver plak..Farisya meminta tolong kawan baiknya Zack Kapcai supaya mengahwininya..
di saat-saat akhir zack tidak snggup berkahwin dengan perempuan yang dianggap kawan baiknya sendiri
tanpa pengetahuan Farisya pengantin lelaki telah bertukar,semasa akad nikah Farisya terkejut melihat bosnya sendiri melafaskan akad nikah,maka dengan sahnya Farisya bergelar isteri bosnya sendiri,dengan rela Farisya bersetuju kerana tidak mahu kecewakan maknya...
Kehidupan sebagai suami isteri sungguh bahagia sekali,setelah itu keluarga Farish yang menetap di UK pulang ke Malaysia untuk melihat isteri Farish ,Ayahnya Datuk mereka sungguh gembira menerima dengan hati terbuka,tetapi adiknya Farah dan bekas teman wanitanya tidak menyukai,mereka telah merancang untuk meruntuhkan rumahtangga Farish Hakimi dan Nur Farisya Iman ..
berbagai konflik telah berlaku..
Adakah Farah dan Suraya (ex-girlfriend Farish) berjaya meruntuhkan rumahtangga Farish dan Farisya???
Apakah yang mereka lakukan???
Bahagiakah Farish dan Farisya?????
Baca sendiri la weh!!!!! kekeke
serius best....beb.....
tak tipu......
Dapatkan dipasaran ????
nukilan Siti Rozmizah.....
mekasih amy suggest aku tuk baca novel tue...
nak tunggu baca novel Andai itu takdirnya.....waiting.........
entry auto publish-----/--<@ (>_<)
No comments:
Post a Comment