Thursday, October 24, 2013

LaGu-LaGu OsTT LoVe You Mr ArroGanT

Assalammualaikum..
Mesti ramai tengah cari lagu dalam drama arrugam opss arrogant..hehe

lagu dia best-best kan..
meh aku listkan...so korang leh cari sendiri nanti...


Nomad - Tetap Menantimu
Five Minutes - Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh
Agnes Monica - Merpati Putih
Asmirandah - Ketulusan Cinta
Geisha - Kamu Yang Pertama
Petra Sihombing - Pilih Saja Aku
Asmirandah ft Dude Harlino - Bunga-bunga Cinta
Ussy ft Andhika Pratama - Ku Pilih Hatimu
Gigi - Sahabat
Glenn Fredly - Terserah
Ari Lasso - Kisah Kita
Bunga Citra Lestari - Hanya Untukmu
Bunga Citra Lestari - Tentang Kamu
Asmirandah ft Robinhood - Salahkah Kita
Ungu - Bila Tiba
Oki Setiana Dewi ft Andi Arsyil-Karena Hati
Naff - Bila Nanti Kau Milikku
Vierra - Terlalu Lama
Marcell - Mau Dibawa Kemana
Dadali - Katakan Cinta
Jikustik - Setia
Romance - Ku Ingin Kamu

banyak kan....hehe....
nanti aku update lagi yer...

Monday, October 14, 2013

LoVe YoU Mr ARRoGanT

Sape Tengok Slot Akasia TV3 
kul 7 ptg tiap-tiap hari ISNIN-KHAMIS ..
angkat tangan!!!!!!!

Termasuk aku le tu,balik keje cepat2 siapkan keje umah terus lepak kat depan tv tunggu drama nih
drama nih adaptasi dari novel ...
sekarang nie banyak plak drama yang diadaptasi dari novel,dah jadi tren @ penerbit dah takde idea menghasilkan karya lagi dah kot....



Layan jelah....
meh sini nak kasi sinopsis versi aku...

Zaara Amirah terpaksa berkahwin dengan Zafriel Irham disebabkan satu kejadian 
Si Irham langgar kereta Zaara ,Masa tu Zaara break mengejut sbb nak elak dari terlanggar anjing,
Si Irham mintak ganti rugi rm5000 tapi Zaara takde duit,Irham bagi tempoh seminggu,sebagai cagaran Zaara bagi la hp kesayangan dia.
Sekali nak dekat seminggu pun Zara masih tidak mampu membayar lagi.,Si Irham sengaja menghantar SMS kepada ibu Zaara mengatakan si Zaara mengandung anaknya.
Zaara bengang la dan mencari Irham di pejabatnya Irham Holding,
Tanpa sengaja si Zaara terlanggar pulak dengan si ayah Irham masa tergesa-gesa keluar lif dekat opis Irham
Ayah si Irham berkenan dengan Zaara pantas menyuruh anaknya berkahwin dengan Zaara ataupun Sherry pilihan ibunya.Jikalau tak kawen ,Irham Holding akan jatuh ke tangan sepupunya Hardy.
Irham rela berkahwin dengan Zaara daripada Sheery 
(pompuan gediks)errrr...hehe

Pelbagai perkara yang berlaku dalam usaha mereka bertemu bahagia.apatah lagi dengan perangai Irham yang sangat Arrogant,sayang tapi ego...
(Banyak jugak adegan sweet2 yang ade)..hik hik...i LIKE
Tambah-tambah dengan mak Irham yang tidak sukakan Zaara dan berusaha memisahkan Irham dengan Zaara
Mak Irham sanggup berlakon sakit dan memaksa Irham berkawen dengan Sherry .
Irham berat hati untuk menerima permintaan maknya tetapi diberi restu oleh Zaara untuk berkahwin lain demi memenuhi hayat maknya yang sakit,
Pada hari pernikahan Irham dan Sherry,ayah Irham mejelaskan bahawa sakit maknya hanya sekadar lakonan dan menyuruh Irham lari bersama Zara,Mereka ke Penang dan disanalah segala bermula..
(ehem ehem), paham sendiri la yer....

Apabila pulang ke rumah,mereka mendapat berita bahawa mak Irham betul-betul jatuh sakit
terkena serangan strok...dari situ la bermula mak Irham mula menerima Zara kerana dengan sikap Zara tanpa berputus asa memberi layanan baik menjaga mertuanya walaupun dimaki hamun oleh maknya..
Zaara Pregnnat..
Dah bahagia,si mamat pysko Faizal culik Zaara pulak,Sape yang menyelamatkan semestinya Hero Zara la ...si Irham dapat SMS dari hp Zaara minta ceraikan Zaara
dia rase pelik jer,pastu Irham cabar kalau nak ceraikan nak face to face r..
mereka pun berjumpalah 
Terjadilah adegan dimana hero meyelamatkan heroin
Faizal ditembak oleh polis...
kerana sepupunya hardy telah membuat laporan polis..
so selamat la sikit...


Haa..ade part nant si Hardy kena tumbuk dengan Irham kot sebb jeles ,Dia kata Hardy ada hubungan ngan Zara.. aku lupa daaa....

Akhirnya Bahagia milik Irham dan Zaara

biasa la kan...novel+drama..
mula2 tak suka lama suka
kawen paksa dah sebati dengan novel dah...
cite melayu slalu kena serangan strok...muahahaha...
cite dia lebih kurang sama jer dengan novel2 lain...
tapi dalam drama nie aku tabik dengan penulis skrip dia...
sempoiii giler ayat...




SeJaRaH Tercipta 2013

Assalammualaikum....
Rasenye ramai dah berada di kampung halaman masing-masing...syokkknyeee kn...
Aku jer masih tak balik kampung dan esoknya masih bekerja...


Sedih jugak sbb selama 7tahun bekerja diperantauan,tak pernah sekalipun termis untuk beraya bersama keluarga,mesti balik kampung....wajib....

Tapi lain bagi tahun 2013 ni,aku tak dapat balik beraya di kampung kerana cuti takde...sob sob.... ,bki cuti simpan tuk bercuti bln 12 nnt tp takpe raya haji jer kot,takdela sedih sgt....

Beraya di perantaun buat pertamanya kalinya di Putrajaya..hihihi...

Sejarah tercipta di 2013...



         SELAMAT MENYAMBUT

          HARI RAYA AIDILADHA

Wednesday, September 4, 2013

LuaHaN RaSa HaTi

Assalammualaikum...

entry simple ajer...
Luahan Hati...

aku Penat....
aku Stress....
aku Tension.....
aku Bosan.....


benda yang sama jer aku rase bile hari-hari mendatang di tempat kerja,,,
semenjak tukar keje nih,tekanan lebih pulak....(adoiii cpt tua la aku)
keje senang tapi leceh....

v
v
v
vvvv
vvvvvvvvv
vvvv
vv
v

Tenangkan Hati
Lapangkan Dada/Jiwa
Belajar redha menerima ketentuannya supaya rezeki yang kita dapat berkat...
Insyaallah....

Tuesday, September 3, 2013

The Wedding Breaker aka Ariana Rose

Dah lama kan aku tak revew pasal novel yang aku baca...
banyak novel yang aku baca tapi menulisnya stgh jer...
asyik dalam draf jer..maleh nak ngarang...
so sempena novel yang aku baca nie akan keluar dalam drama Slot akasia tv3..
Aku baru pasan akan ditayangkan,tak sangka novel ni jugak diadaptasi...
kebetulan la tue...
Meh aku kasi sinopsis sikit,tp versi aku la yer....



Perkahwinan yg diaturkan ibu bapa Tengku Adam Kamil dengan Tengku Juwita terbatal disebabkan Ariana Rose yang datang ke majlis berlakon mengandungkan anak Tengku Adam Kamil,Ariana Rose bersetuju menyamar kerana ingin membalas jasa Juwita yang pernah menolongnya suatu ketika dulu.
Juwita tidak ingin berkahwin dengan Tengku Adam kerana menganggap Adam kasanova.
Selepas kejadian Tengku Adam Kamil dan keluarga malu menjadi bualan,Tengku Adam pun mengupah penyiasat untuk mengetahui siapa sebenarnya Ariana Rose...
Pada awal pertemuan Tengku Adam mahukan Ariana mengaku kesalahannya tetapi kerana sikap degil Ariana memakan diri, Ariana diperkosa Tengku Adam.
Setelah itu Ariana menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.
Selepas kejadian Ariana mula insaf dengan melakukan kerja amal bagi melupakan kisah hitamnya.
Tanpa disangka-sangka kerja amal yang dilakukan sebenarnya Tengku Adamlah penyumbang terbesar dana kebajikan dimana tempat Ariana  bekerja..

Dari situlah mereka selalu bertemu dan menimbulkan perasaan  terhadap Ariana,Tengku Adam mula cemburu apabila melihat Ariana rapat dengan rakan sekerjanya.
Bila perasaan cemburu menguasai diri Ariana hampir diperkosa buat kali kedua,Ariana makin membenci Tengku Adam Kamil.

Atas nasihat Dr Rosli Doktor peribadi keluarganya dan juga merangkap kawan baik Tan Sri Mukriz(Daddy Adam),
Tan Sri Mukriz melamar Ariana tanpa pengetahuan Tengku Adam,Ariana menerima lamaran dengan hati terbuka tanpa mengenali siapa tunangannya.Tengku Adam merayu supaya Ariana menerimanya..
Akibat terlalu kecewa gagal memujuk Ariana,Tengku Adam membawa diri menunaikan umrah...

Balik dari umrah untuk meneruskan perkahwinannya,baru dia sedar bahawa orang yang dipinang daddy dan mummynya adalah Ariana Rose,gadis yang dicintai.
Ariana Rose tidak tahu siapa bakal suaminya sehingga hari pernikahan..
Ariana terkejut tetapi dia menerimanya suaminya kerana melihat perubahan Tengku Adam Kamil
Tengku Adam bersyukur doa yang dimintanya dimakbulkan Allah...
Tengku Adam yang dulu kasanova berumah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya..

END ...hidup bahagia...



P/S :bagi aku cite nie so so jer....bole la klu nak layan.....

auto//publish

SaMBuTaN MeRDeKa RaYa BPP 2013

Sebagai kenangan masa hadapan daku tepek jugaklah...
Tahun 2013 seksyen Akaun xde jamuan
Jamuan Opis ajer...
Bahagian Pinjaman Perumahan..
Berkhidmat untuk Peminjam...hahaha

 Pengurusan surat menyurat n baki hutang
pic kenang-kenangan..

 Peserta jualan hari tersebut ..hehe..
seksyen akauan kena jage booth nasi tomato nnasi goreng

 Mak & Dara

 Sedondon 

 Bertema Hijau kita

Disebabkan banyak makanan perlu makan,tapi perut kecik,
kiteorng tapau naik opis dan sambung makan pulak..


 bergambar kenangan lagi...


'' Model Satay Hari Tersebut ''

auto publish...pisss yoooo!!!!

Monday, September 2, 2013

SeLaMaT HaRi RaYa 2013

Assalammualaikum....
salam sejahtera...
sorry uolls..dah lama blog nie bersawang ...mood nak menaip takde,idea banyak..hihi..
tapi malas ...
dah hari ke 26 syawal ..
masih sempat kan nak update pasal hari raya kan..
sebagai kenangan aku masa hadapan...


Bersama my mum...di pagi raya


 anak-anak buah..

 kebetulan time raye musim buah rambutan,
memang jadi juadah raya hari tue...
maklum la pokok rendah jer...
sambil lalu capai dengan tangan..


 kak aku sefamily...


penat beraya main panjat-panjat pokok..hihihi...


''camat ari raya semua''...

Tuesday, May 7, 2013

PeLaNgI CiNTa BuaT SuaMi

Assalammualaikum...
setle suda mengundi,menjalankan tanggungjawab pada negara...
aku tengok semua pakat dok post gambar jari berdakwat kt
facebook kan...
TAHNIAH pada yang menang...

aku nak kongsikan sedikit,aku baru je abis baca novel 
PELANGI CINTA BUAT SUAMI..



nie sinopsis versi aku...ringkas sahaja yer...

Qalif kematian isteri,dah jadi macam org gila kemurungan duduk dalam bilik jer...
suatu hari si Imanina pergi kenduri tahlil di rumah si Qalif nih
dan terbawak balik diari Qalif yang meceritakan bagaimana dia terlalu menyayangi isterinya Liyana.
Imanina pun terpikat,ingin memiliki qalif dan cuba untuk Qalif menyayanginya sebagaimana cinta Qalif kepada Liyana.,
kebetulan memang mak qalif tue nak bagi kawen sbb tgk Qalif tue teruk dah,
Macam orang tidak siuman/kemurungan.
dan akhirnya mereka berkahwin paksa rela..
Imanina nie punya la dok ambik ati macam2 cara dia buat,nak bagi qalif jatuh cinta dengan dia.
walaupun si Qalif tue marah hina halau dia,dia tetap bersabar...
dan akhirnya dia mendapat cinta Qalif...
bila dah cinta mekar mewangi,dugaan datang melanda...
**biasa cite melayu macam nie la,hahahha...
Qalif dikhabarkan diserang lanun ketika menjalankan tugas atas pelantar minyak di Myanmar.Ketika itu juga imanina dan Qalif tengah berskype,so imanina boleh melihat kekejaman lanun itu.
ketika itu imanina nak bagitau la dia mengandung...
tapi tak sempat la nak bgtau..
Qalif diserang lanun..

Qalif dikhabarkan telah mati,tetapi imanina tidak percaya...kerana tidak melihat mayat dan kuburnya..
Imanina pulak jadi macam qalif dulu,kemurungan ibarat orang tidak siuman
dan dugaan Imanina lebih teruk dari Qalif kerana ketika itu dia sedang mengandung.
Setekah 5 tahun imanina hidup sendirian 
anaknya hanya menumpang kasih seorang bapa daripada kawan baiknya iaitu Shauqi,kawan yang di kenal ketika dia bercuti bersama Qalif,
Imanina setia menunggu Qalif dan akhirnya dia berpaling tadah ingin menerima Shauqi sebagai suami untuk menggembirakan anaknya Humaira.

Dalam dia nak terima Shauqi,dia mendapat berita bahwa polis Myanmar menemui Qalif,Imanina teruja ingin berjumpa suaminya yang dia paling rindui,tetapi alangkah sedihnya Qalif tidak mengenalinya...
suaminya hilang ingatan....

dia kecewa sekali lagi,tidak mendapat cinta suaminya...
berbagai-bagai cara dia buat untuk menambat hati suaminya dan untuk mengembalikan ingatan suaminya
setelah beberapa bulan,Qalif tidak berusaha mengembalikan ingatannya
dan menyalahkan Imanina,hanya ingin kembali ke myanmar ..
sekali lagi imanina putus harapan...
membiarkan Qalif membuat keputusan sendiri,
akhirnya Qalif membaca diari miliknya dan berusaha mengingati dan belajar menyanyangi Imanina ...
akhirnya cinta mereka kembali bertaut....
kini bahagia milik mereka.....


P/S : sorry ayat berterabur...hehehe...
klu tak pahan dapatkan novel kt kedai n baca sendiri,hehehe.....

Friday, April 19, 2013

SuaMi AkU UsTaZ

Assalammualaikum...
salam jumaat semua....
lama aku tak update,malas semakin menebal sekarang nie
saja nak berkongsi,semalam aku baru sahaja abiskan baca novel nie
sampai pukul 3.20 pagi tau,pagi nie datang keje dengan mata panda..hahaha
jom layan sinopsis 

Alisa berumur 17 tahun dipaksa kahwin oleh ibu bapa sebelum berangkat ke Mekah menunaikan Haji,mak ayah Alisa tidak mempercayai sikapnya yang liar untuk ditinggalkan sendirian kerana alisa anak tunggal,mak ayahnya mencadangkan dia berkahwin dengan sepupunya sendiri hafiz dan juga ustaz (guru agama) yang mengajar di sekolahnya,

Pernikahan mereka dihadiri keluarga terdekat sahaja dan berlangsung tanpa majlis persandingan kerana majlis akan dibuat selepas alisa abis peperiksaan SPM nanti.
Tetapi Ustaz Hafiz berjaya membentuk Alisa menjadi isteri yang muslimah lagi dibanggakan. Dan result SPM dia 9A!

Mereka hidup berdua dan pelbagai pahit manis romantik,
sepanjang perkongsian hidup

Walaupun ada godaan yang tiba melanda hati Alisa sepanjang menjadi mahasiswi (kerana dia tidak bersedia memaklumkan status perkahwinannya, bimbang tidak mendapat penajaan biasiswa), tetapi akhirnya Alisa sedar andai dia menurut kata hati dan godaan seorang lelaki lain yang baik terhadapnya, sudah pasti rumahtangganya akan tergugat.
Last sekali Alisa dapat menerima hakikat yang dia sudah berkahwin dan bergelar isteri,setelah tamat pelajaran mak ayahnya menghadiahkan pakej hanoeymoon di Sabah.
Perasaan malu masih menebal dalam diri Alisa
Malu tapi Mahu...
Akhirnya Alisa hidup bahagia dengan ustaz Hafiz dan mendapat cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga ....


p/s :Drama suami aku ustaz akan keluar tak lama lagi...
lakonan adi putra & nora danish lagi...auwww....

Tuesday, February 19, 2013

JejaLaN Di ISTANA NEGARA

Ahad lepas aku dan family kak aku
saje jer bawak mak n anak buah aku dari kedah jejalan ke istana negara
meh tengok pic lah...


 JOM MASUK
Dewasa :Rm5
Kanak-Kanak : Rm3
Warga Emas : Rm 3


 Mak,aku dan anak buah aku aLia

 Kak aku sefamily

 ape la yang dibeleknye...ish3




replika kepuk padi 


mahkota permaisuri 

 Errrr..jam dia ratus2 ribu ooo....


Monday, February 18, 2013

ALHaMDuLiLLaH

Assalammualaikum....
ape khabar semua??harap sihat2 la yer...
aku pun dah sihat n dah start keje dah pun...alhamdulillah...
tapi keje halfday pulak arinie sbb tengahari nak hantar mak aku ke stesen bas jalan duta untuk pulang ke kedah..
sebenarnya takde ape nak cite,cuma pagi tadi aku masuk keje dikejutkan dengan perjumpaan dengan pekerja-pekerja sambilan,so termasuk aku jugaklah kan...
perjumpaan dengan pihak mof pukul 10 pagi,nasib baik aku masuk keje dah arinie...
boleh hadirkan diri....
sebelum nie jawatan aku nie bagai telur di hujung tanduk...
aku pun susah hati la nak mencari keje lain,ade pikir balik tanam anggur kt kampung pun ade gak..
pekerja sambilan pihak bpp nak dibuang,so setelah beberapa kali diadakan perbincangan oleh pihak pengurusan 
capai kata sepakat/keputusan oleh orang atasan
pekerja sambilan yang tiada tempoh..ditukarkan kepada kontrak for servis...ok la kan..
memula nak ditukarkan kepada pekerja sambilan harian khidmat singkat (3bulan)
tadi telah mendapat keputusan 
kontrak for servis berkuatkuasa 18 feb 2013...
aku start keje di BPP 17 januari 2007 (sambilan gaji harian)
setelah 6 tahun baru bertukar....
alhamdulillah..walaupun takdapat tetap tp khidmat kami masih diperlukan...
kalau tak susah hati jugak la...
moga dimurahkan rezeki aku untuk mendapat kerja yang tetap pulak ..amin....


17 Januari 2007 - 17 Februari 2013 (sambilan)
18 Februari 2013(kontrak)  - sehingga diperlukan/dapat kerja tetap.......



Friday, February 8, 2013

Heppy Chines New YeaR

AS salam..

entry pendek dan terpantas... 
tengah packing2 baju bajan...jap lagi dah nak balik kampung...yahoooo....
bertolak kul 4 pagi,mintak2 tak jemmd sangat la...
aku balik terus ke Jitra,pastu baru balik Sg Petani...hehe
Bercuti selama 5 hari...
9/2/2013 - 13/2/2013

okeh bye2...

SELAMAT BERHOLIDAY YER KAWAN-KAWAN

update: terpaksa cuti lagi sampai 17/2/2013 
kerana kesihatan tidak mengizinkan

Tuesday, January 29, 2013

AnDaInYa Bukan UnTuKkU

ANDAINYA bukan UNTUKKU

kan aku cakap dekat entry sblm nie aku ade bace 2 buah novel kan,
novel nie la yang satu lagi...
best jugak tau...



Sinopsis :

Dania diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara masing-masing.

Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka.

Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. 
Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania.
kredit to kaki novel


aku tambah sikit boleh kan,hehe
Dania membawa diri dengan melanjutkan pelajaran di London tanpa pengetahuan Faeiz
Ilyana dan Faeiz bercerai selepas 8 bulan berkahwin,
Faeiz cuba mencari Dania di London tetapi hampa
mereka bertemu setelah 5 tahun..
akhirnya Faeiz hidup bahagia dan dikurniakan sepasang cahaya mata kembar lagi....




entry auto publish











Monday, January 28, 2013

NoVeL Sha & ShaH

Assalammualaikum...
SELamat Menyambut Thaipusam bg yang beragama Hindu..
Selamat Bercuti bagi yang cuti harinie termasuk aku...
Cuti 3 hari nie aku habiskan masa dengan membaca novel jer..
boleh la abiskan dua buah novel...
okey yang pertama...

SHA & SHAH..   


Watak : Sha (Farisha) Shah ( Fariz Ameerul Shah)

Sinopsis versi aku bg sikit jer:

Sha & Shah sahabat rapat kira BFF la,Shah berkahwin dengan bffnya sha sbb xnak dikawenkan dgn pilihan ibunya.
Shah pilih Sha sbb Sha nie memang dah kenal diri dia perangai ''palyboy''nya...
kira nak selamatkan diri jugak la kan,
Sha setuju kawen dengan shah sebab kesian tapi dalam hati ada jugak "suka"
Kawen duduk serumah,sekatil tetapi buat hal sendiri kire tak macam pasangan suami isteri yg normal la... mengongkong atau ade istilah cemburu takde la.
tetapi lama-lama wujud perasaan cinta terhadap pasangan...
mereka hidup bahagia..hehe..

cukup la kan,takyah cite lebih-lebih...tp part mule-mule tue ade la lucu-lucu sweet gitu..
lelama kesian+sedih pun ade,konflik pun ade..
akhirnya bahagia...
kalau tak paham gak ape yang aku tulis,
beli sendiri baca sendiri senang...kekeke


P/s : Banyak yang aku baca novel nih,asyik la kena kawen terpaksa...adoiiii.....
pastu nama-nama sedap2 lak dalam novel kan


semenjak 2 menjak nih,asyik la entry pasal novel.....
layan jelah..



      







Sunday, January 20, 2013

Yeayy Sudah Sampai..


Saje jer nak ngade2...
nak bgtau novel yang terbaru dibeli selamat sampai dah...
kopak duit kalau bukak kaki novel nih 
Novel yang aku beli hanyalah
ANDAINYA UNTUKKU
SHAH & SHA



pastu hari yang sama dapat pulak pinjam novel drama tv3
yang digila-gilakan skrg nih
yeayyy dapat tau ending sebelum cite tue abis...
Zain Hakimi bile berambut pendek nampak hensem la..
drama tv3 isnin-khamis
7.00-8.00mlm
menjadi topik hangat di opis skrg nih..


sweet-sweet gitue cite dia...
penaja macam biase la yer,mekasih kerna bagi pinjam...
nanti kite give in take yer...
sama-sama tukar novel...hihi..
(mcm ni la org xmampu nak beli semua novel)kekeke

ENDING SETIA HUJUNG NYAWA best tau gembira wink wink *****

Monday, January 14, 2013

GaDuH-GaDuH SaYanG

Assalammualaikum...
ENTRY pertama 2013...
tak habis-habis dengan novel lagi aku nie...
biase la,bosan-bosan kat rumah,ngadap nie jerlah...
aku baru abiskan sebuah Novel nice2 jugak la....
disebabkan skrg org tengah giler tengok drma petang2 kan
Drama Setia Hujung Nyawa di TV3 ..adaptasi dari novel gak kan,
skrg nie dah jadi macam tren plak,filem/telemovie/drama adaptasi dari novel kan..
novel yang aku baca nie,dia sweet-sweet macam cite setia hujung nyawa gak la...hihi...
Sama tapi tak serupa...


Sinopsis :

"Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku." Syazana memasang tekad.

"Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala."
Rafi qi merancang. Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga.

Selepas kahwin, Rafi qi duduk sebelah rumah Syazana. Tidak mahu jatuh cinta kononnya. Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafi qi. Menonton televisyen sama-sama, main game PS sama-sama, makan sama-sama... Tapi ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh. Sudah gaduh, baik semula. Sudah baik, bergaduh semula.

Hai... entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan.




pelbagai halangan mereka tempuh kerana wujudnya 
ex-boyfriend,ex girlfriend kembali menagih cinta mereka,
Agak2 mereka akan bersatu tak??hihihi....
sila beli n baca sendiri...sekian...

p/s:buku yg aku beli tak 4 tak baca lagi,asyik membaca buku org jer..

Tuesday, January 1, 2013

SeLaMaT TaHuN BaRu 2013

Assalammualaikum ...
Selamat Pagi....

SELAMAT TAHUN BARU 2013 SEMUA...



aku baru balik dari sambutan 
AMBANG 2013 DI DATARAN PUTRAJAYA.
ade konsert dan bunga api..
orang ya allah,macam ulat..hehe

TAHUN 2012 DALAM LIPATAN SEJARAH/KENANGAN
TAHUN 2013 MENJELMA...

SEMOGA TAHUN INI LEBIH CEMERLANG LAGI DARI TAHUN SEBELUMNYA
DIBERI KESIHATAN YANG BAIK
DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
DI PERLUASKAN REZEKI 
MENJADI YANG LEBIH BAIK DI MATA  SEMUA
DI PERTEMUKAN JODOH...hik hik..
iNSYAALLAH...

AZAM 2013?????
FORWARD AZAM LAMA YANG TAK TERCAPAI..hihi
AZAM KORANG PLAK????

NoVeL Yg AKu Baca 2012- jan 2013

1:Andai Itu Takdirnya *****
2:Cinta Kau Dan Aku *****
3:M.A.I.D ******
4:Ombak Rindu *** jd filem 2011
5:Adam & Hawa *** jd drama 80 ep 2012
6:Kalau Memang Harus Begitu *****
7:Aku Bukan Misstress **
8:Isteri Separuh Masa ****
9: Mampu Mencintaimu ****
10:Sayang Cikgu Ketat-Ketat ****
11:Nah Untuk Awak ***
12:Cinta Yang Kurasa *
13:Kau Kekasihku ***
14:Kasih yang Suci **
15:Seindah Sakura * jd drama tv3
16 :Kau yang Terindah * jd drama tv3
17:Gemersik Kalbu *jd drama tv3
18:Bukan Tak Sudi
19:Semalam yang ku tinggalkan
20:Cintaku Satu
21:Cinta Hatiku
22:Warna Hati
23:Andainya Bukan Untukku ****
24:Shah & Sha ***

##byk lg baca tp dh lupa,tahap best bergntung pd bpe *