Tuesday, September 3, 2013

The Wedding Breaker aka Ariana Rose

Dah lama kan aku tak revew pasal novel yang aku baca...
banyak novel yang aku baca tapi menulisnya stgh jer...
asyik dalam draf jer..maleh nak ngarang...
so sempena novel yang aku baca nie akan keluar dalam drama Slot akasia tv3..
Aku baru pasan akan ditayangkan,tak sangka novel ni jugak diadaptasi...
kebetulan la tue...
Meh aku kasi sinopsis sikit,tp versi aku la yer....



Perkahwinan yg diaturkan ibu bapa Tengku Adam Kamil dengan Tengku Juwita terbatal disebabkan Ariana Rose yang datang ke majlis berlakon mengandungkan anak Tengku Adam Kamil,Ariana Rose bersetuju menyamar kerana ingin membalas jasa Juwita yang pernah menolongnya suatu ketika dulu.
Juwita tidak ingin berkahwin dengan Tengku Adam kerana menganggap Adam kasanova.
Selepas kejadian Tengku Adam Kamil dan keluarga malu menjadi bualan,Tengku Adam pun mengupah penyiasat untuk mengetahui siapa sebenarnya Ariana Rose...
Pada awal pertemuan Tengku Adam mahukan Ariana mengaku kesalahannya tetapi kerana sikap degil Ariana memakan diri, Ariana diperkosa Tengku Adam.
Setelah itu Ariana menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.
Selepas kejadian Ariana mula insaf dengan melakukan kerja amal bagi melupakan kisah hitamnya.
Tanpa disangka-sangka kerja amal yang dilakukan sebenarnya Tengku Adamlah penyumbang terbesar dana kebajikan dimana tempat Ariana  bekerja..

Dari situlah mereka selalu bertemu dan menimbulkan perasaan  terhadap Ariana,Tengku Adam mula cemburu apabila melihat Ariana rapat dengan rakan sekerjanya.
Bila perasaan cemburu menguasai diri Ariana hampir diperkosa buat kali kedua,Ariana makin membenci Tengku Adam Kamil.

Atas nasihat Dr Rosli Doktor peribadi keluarganya dan juga merangkap kawan baik Tan Sri Mukriz(Daddy Adam),
Tan Sri Mukriz melamar Ariana tanpa pengetahuan Tengku Adam,Ariana menerima lamaran dengan hati terbuka tanpa mengenali siapa tunangannya.Tengku Adam merayu supaya Ariana menerimanya..
Akibat terlalu kecewa gagal memujuk Ariana,Tengku Adam membawa diri menunaikan umrah...

Balik dari umrah untuk meneruskan perkahwinannya,baru dia sedar bahawa orang yang dipinang daddy dan mummynya adalah Ariana Rose,gadis yang dicintai.
Ariana Rose tidak tahu siapa bakal suaminya sehingga hari pernikahan..
Ariana terkejut tetapi dia menerimanya suaminya kerana melihat perubahan Tengku Adam Kamil
Tengku Adam bersyukur doa yang dimintanya dimakbulkan Allah...
Tengku Adam yang dulu kasanova berumah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya..

END ...hidup bahagia...



P/S :bagi aku cite nie so so jer....bole la klu nak layan.....

auto//publish

No comments:

NoVeL Yg AKu Baca 2012- jan 2013

1:Andai Itu Takdirnya *****
2:Cinta Kau Dan Aku *****
3:M.A.I.D ******
4:Ombak Rindu *** jd filem 2011
5:Adam & Hawa *** jd drama 80 ep 2012
6:Kalau Memang Harus Begitu *****
7:Aku Bukan Misstress **
8:Isteri Separuh Masa ****
9: Mampu Mencintaimu ****
10:Sayang Cikgu Ketat-Ketat ****
11:Nah Untuk Awak ***
12:Cinta Yang Kurasa *
13:Kau Kekasihku ***
14:Kasih yang Suci **
15:Seindah Sakura * jd drama tv3
16 :Kau yang Terindah * jd drama tv3
17:Gemersik Kalbu *jd drama tv3
18:Bukan Tak Sudi
19:Semalam yang ku tinggalkan
20:Cintaku Satu
21:Cinta Hatiku
22:Warna Hati
23:Andainya Bukan Untukku ****
24:Shah & Sha ***

##byk lg baca tp dh lupa,tahap best bergntung pd bpe *