Sunday, December 30, 2012

IsTeRi SePaRuH MaSa

Assalammualikum...
heppy weekend uolls...
aku nak review novel yang aku baca skrg nie,dalam masa 2 hari aku dah khatam...
tue pun waktu malam jelah sblm tdo aku baca...kekeke

NOVEL ISTERI SEPARUH MASA
penulis novel m.a.i.d



REVEIW VERSI AKU :::

Medina Izwani diambil keluarga angkat Abdullah dan Alisa sejak berumur 5 tahun.Keluarga angkat beliau mempuanyai seorang anak lelaki bernama Nazril Shah,Medina diberi kasih sayang oleh keluarga angkat bagai anak sendiri,Medina dituduh memfitnah teman wanita Nazril.dengan memberitahu keluarga Nazril bahawa teman wanitanya Zita berlaku curang dengan lelaki lain.Sejak itu Nazril Shah mengistiharkan "perang" menjadi musuh ketat.Hanya kebencian yang ada di dalam hati Nazril Shah terhadap Medina Izwani.
Mereka dipaksa berkahwin oleh neneknya sebelum Nazril Shah melanjutkan pelajaran di UK,Mereka tidak dapat menolak permintaan neneknya kerana ingin membalas budi atas kebaikan nenek dan tidak sanggup mengecewakan hasrat nenek disebabkan kesihatan neneknya yang kian merosot.
Hancur harapan Medina yang ingin menyambung pelajaran ke Ireland bersama Megat Shazril.
Sepanjang berada di luar negara Nazril tidak pernah mengambil tahu tentang Medina sehinggalah 4 tahun berlalu.,
Nazril pulang ke Malaysia.
Medina menyambung pelajaran di USM,dan dengan tidak disangka Nazril juga bekerja di USM..
Hati Medina semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan Nazril gara-gara neneknya ingin menetap bersama mereka.Sebelum ini Medina tinggal di asrama .
Mereka terpaksa "berlakon" menjadi suami isteri  yang paling bahagia di abad ini di depan keluarga Nazril.
Lama kelamaan terbit rasa cinta Nazril terhadap Medina Izwani tetapi disebabkan ego Nazril tidak meluahkan perasaannya.Dia keliru dengan perasaannya sendiri samaada cintakan Medina @ Zita kekasih lamanya sehingga dia melihat sendiri kecurangan Zita ketika mereka pergi bercuti di Bali,Indonesia.
Sejak itu Cinta Nazril hanya untuk Medina Izwani sahaja .Sekali lagi mereka diuji dengan kewujudan Zafril adik kepada Megat Shazril untuk membalas dendam terhadap kematian abgnya Megat Shazril membunuh diri kerana cinta ditolak oleh Medina.

Apa yang dilakukan oleh Zafril???
Dapatkah Nazril dan Medina mempertahankan cinta meraka dan hidup bahagia???



SILa Dapatkan Novel di kedai buku berhampiran...hehe



p/s :yang aku ckp save draf hilang tue review untuk novel Kalau Memang Harus Begitu.
nanti klu aku free aku karang len,tp tak janji tau...hehehe
5 dri 6 novel yg aku beli masih xbukak2 lg,baca KMHB dulu

kredit to nurul kasi pinjam novel yg direview ni

Friday, December 28, 2012

Moody + Redha

Petang semalam ade meeting dengan 
Ketua Unit Pengurusan Bahagian Pinjaman Perumahan

Tarikh : 27 Disember 2012
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 7

Aku dengan kawan2 seangkatan aku
diberi satu berita yang amat mengecewakan/menyedihkan
tetapi tidak berupaya untuk menidakkan berita itu...
disebabkan BPP akan diambil alih oleh bank-bank tempatan
maka diorang pun akan kecilkan jumlah pekerja...
so yang menjadi mangsa adalah pekerja-pekerja SAMBILAN/KONTRAK...
sedih giler kot,dah 6 tahun bekerja,bersusah senang dengan bpp
banyak kenangan pahit manis...

So diorang bagi pilihan samada berhenti 
@ masuk skim PSH(max 6bln)
sama jugak la klu masuk PSH pun 
6 bln kena tanam anggur kt rumah la jugak
redha dalam terpaksa...
Runsing memikirkan keje keje keje...
sekarang nie aku berusaha menjadi keje lain,
sape2 ade lubang keje bgtau aku ...

help me help me....plsssss!!!!!!


#entry auto publish #

Thursday, December 27, 2012

HoliDay Hujung Tahun 2012

Assalammualaikum ...
rindunye nak jenguk blog..hihihi...
korang holiday pegi mana hujung tahun nie?????
aku????
aku berholiday di kampung halaman jer...
aku bercuti di kampung start 22hb Dis - 26hb Dis 2012 sajer...
nak cuti sampai new year cuti tak cukup la polak...
so cuti kejap jelah....
aku balik kampung juga disebabkan aku plan nak buat kenduri bacaan yassin dan tahlil untuk ayah dan abg sulong aku yang telah lama meninggalkan kami sekeluarga pergi..AL-FATIHAH
majlisnya dibuat pada 23 Disember 2012
majlis berjalan dengan lancar sekali...
alhamdulillah...

Pada keesokkannye takde ape nak buat,kiteorang pun beramai-ramai pergi rumah kakak aku yang tinggal di Taman Ria Jaya,Sungai Petani 
(dekat sgt dgn kes rusuhan tue,
alhamdulillah takde ape yg berlaku pun)
saje nak selebrite besday kak aku yg jatuh 23 Disember,hari kenduri tak sempat beli kek...
kek disponsor kakak aku yg lg sorang...
So kak aku pun buat la untuk besday DISEMBER punye..
AKU(11.12. _ ),MAK(11.12.1951),
dan KAK aku yang sulong(23.12.tahun takhengat la polak)
ape punye adik..hehe
Mekasih Kak ina sponsor kek ..hihi

 Kek Tiramitsu..


Saje Tepek pic dak kecik nie...hihihi...

UCAPAN BESDAY TAHUN 2012 untuk kakak,mak dan diri sendiri kekeke..

SELAMAT HARI LAHIR 
MOGA PANJANG UMUR,DIPERLUASKAN REZEKI,
DIBERI KESIHATAN YANG BAIK,
CEPAT DAPAT JODOH (untuk aku jer hihi),
DILIMPAHKAN RAHMAT DAN DIBERKATI OLEH ALLAH s.w.t.
Amin..




Wednesday, December 19, 2012

Geramnyeee....

Penat mengarang sinopsis novel terbaru semalam,
simpan kat draf,arinie takde polak,mana menghilang.....
malas dah nak mengarang....
majuk....:-(

Saturday, December 1, 2012

DiSeMBeR DaTaNG LaGi

Assalammualaikum...

Heppy weekend uolls...
DISEMBER datang lagi???? Harinie 1 Disember  OMG!!!!!
kejap jer masa berlalu kan,dah hujung tahun,
bulan depan dah masuk tahun baru...
Bulan Disember nie la mengingatkan aku segala kenangan..
OHHH TIDAK..!!!!
bulan disember jugak segala pahit manis berlaku dalam hidup aku...
yang manisnye...
BESDAY AKU BULAN nie (motip nak hadiah)kekekeke
dan juga yg specialnya besday sama tarikh ngan mak aku tau..huhu
yang pahitnya usah diingat la kan,tp mesti teringat jgk ,adeh la..
peristiwa pahit dalam hidup aku,jadikan sebagai pengajaran
dan di bulan ini juga Tsunami yang mengjanamkan penduduk kg aku..
Kota Kuala Muda,Kedah..
Al-fatihah bagi yang telah pergi ke rahmatullah..


BERSAMA IBU TERCINTA...
tak sabar nak balik kampung 21hb nie....
ok  BYE

P/S: Nak siap sedia tengok bola Malaysia - Indonesia 
& Master Chef Malaysia ke 2 akhir malam nie...

NoVeL Yg AKu Baca 2012- jan 2013

1:Andai Itu Takdirnya *****
2:Cinta Kau Dan Aku *****
3:M.A.I.D ******
4:Ombak Rindu *** jd filem 2011
5:Adam & Hawa *** jd drama 80 ep 2012
6:Kalau Memang Harus Begitu *****
7:Aku Bukan Misstress **
8:Isteri Separuh Masa ****
9: Mampu Mencintaimu ****
10:Sayang Cikgu Ketat-Ketat ****
11:Nah Untuk Awak ***
12:Cinta Yang Kurasa *
13:Kau Kekasihku ***
14:Kasih yang Suci **
15:Seindah Sakura * jd drama tv3
16 :Kau yang Terindah * jd drama tv3
17:Gemersik Kalbu *jd drama tv3
18:Bukan Tak Sudi
19:Semalam yang ku tinggalkan
20:Cintaku Satu
21:Cinta Hatiku
22:Warna Hati
23:Andainya Bukan Untukku ****
24:Shah & Sha ***

##byk lg baca tp dh lupa,tahap best bergntung pd bpe *