Assalammualaikum...
ape khabar semua???ramai ke yang balik kampung cuti Hari Raye Korban nie.
SELAMAT HARI RAYE KORBAN la yer...
Saje nak kongsikan,sekarang nie hobi membaca novel aku semakin menjadi-jadi la polak
ditambah dengan ade orang yang sponsor novel-novel yang best..
lagi la aku suke,maklum la nak beli semua tak mampu...
kawan aku sorang nie memang gile novel,kat umah die dah leh bukak kedai buku aku rase..
tiap-tiap bulan ade jer novel baru yang die beli...
mekasih nurul bagi aku pinjam...jasamu dikenang..hihi...
jangan segan-segan bagi aku pinjam lagi yer...
okeh...
novel kali nie seperti tajuk di atas yer....
SAYANG CIKGU KETAT-KETAT..
Aku rase novel nie sweet sangat,cikgu bercinta dengan anak murid sendiri
tapi macam takmasuk dek akal la polak...part yang cikgu ikut jer anak murid pergi mana tuh
ade ke macam tue ek???tapi tak mustahil kan....dalam dunia zaman skrg nie semua boleh jadi..
meh kita tengok sinopsis plak...
macam biase la yer...kekekeke...
Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.
“Jadi… Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”
“Cikgu… saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”
Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.
“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”
Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?
pls :geram kat Aida yang gedix tue...errrrrr.....
best !!!
3 comments:
terima kasih adik :)
frpm : rafina mimi abdullah
mekasih sudi singgah blog kecik sy...
Best la citer ni
Post a Comment