Friday, May 18, 2012

TaBuNG HaJi MaLaYSiA

Assalammualaikum..

Tabung Haji Malaysia...
aku rase kebanyakkan orang islam ade kot akaun buku simpanan tabung haji...
semua mempunyai impian ke Tanah Suci Mekah kan
sape yang taknak kan...

aku setelah umur 20+  baru nak  bukak buku akaun Tabung Haji..hehe
yang penting niat untuk pergi ade,
bile tue kite sama-sama doakan ade rezeki la..
cepat lambat tue kerja tuhan...

pas aku keluar dari Wad Hospital tempoh hari
ade kt hospital tue bukak booth tabung haji untuk buka akaun ,
dengan minimum RM2 boleh buka buku akaun dah..
yeayyyy akhirnya aku dah ade buku akaun...
walaupun dah agak lambat kot..
takpe,simpan sikit2 lama2 jadi bukit...hehe



Ya allah kau murahkan rezeki hambamu ini supaya mendapat peluang/panggilan menjejak bumi Tanah Sucimu...
insyaallah.....

Note:minggu lepas aku g checkup pun masih ade lg booth di Hospital Putrajaya,
org putrajaya yg takde akaun lg bole la pg buat..

Wednesday, May 16, 2012

PeNGaJaRaN BuAt SeMuA,CiTe SEDIH/insaf

AKU TERTARIK DENGAN KISAH BENAR,
AKU MASUK BLOG MZ SEDIHNYE...
PASTU TGK RAMAI YG SHARE DEKAT FB....
terasa nak share jugak lah...tp dalam blog la hehe
AL-FATIHAH UNTUK ARWAH 
TAKZIAH UNTUK KELUARGANYA...

Lebih kurang pukul 6 petang 6/5/12, aku masuk hiway Plus dari Kuantan nak ke KL. Aku maintain 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tgk Inspira makin dkt dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dh jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absorber standard, rim & tayar pn standard kilang.

Memandangkn speed dh 200km/j then aku follow je dlm jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy, pasal inspira tu rajin hibeam halau kereta ktepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time corner jln tk rata aku nampak inspira tu body dh goyang tpi dia ttap maintain speed. Ada juga tdetik nk ptg dia tpi mandangkn aku plan nk crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia. 

Tetiba kat depan ada Mitsubishi Lancer 2.0, lane kanan dlm kelajuan 140km/j. Lancer tu tk nk ktepi tpi terus tekan minyak & inspira terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg blainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer.

Aku pn ikut je la dari belakang utk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Klu ikut darah pahlawan time ni sedap ptg kedua2 tu tpi angin tgh baik lagipn lately tk tau la aku mcm gerun sikit nk rembat kaw2, hmmmm mungkin ada hikmah tu. So aku ikut je dari belakang.
Dlm 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pula sbuah bas di blkang antara bbrapa buah kereta yg bawa pd kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lancer dgn rapat & aku makin menjarakkan sikit demi keselamatn. Ttiba aku nampak inspira, lancer, bas & bbrapa kereta kat depan mcm kacau bilau. Terus nampak lancer melanggar pagar kiri hiway & melintas depan keta aku lalu langgar pagar knan pula & melompat sambil bpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sbelah menghala ke Terengganu.

Sewaktu Lancer tu diudara sbuah kereta dlaluan sbelah betul2 berada dibwh lancer. Nasib kereta tu memang baik, tpi bila lancer dah thempas klaluan sbelah, ada sbuah kereta lain tlanggar serpihan lancer lalu tbabas & langgar pagar. 

Kereta Inspira tu aku perasan slow skejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku perlahankn kereta utk berenti aku perasan penumpang lancer yg dduk depan dh kaku. Sebaik je aku berenti aku terus blari ke lancer tu utk membantu. Aku antara org terawal sampai & masa aku tgh melintas pagar kat tgh hiway utk klaluan sbelah ada sorg brother yg blari lebih awal bagi tau ada baby kat tgh jln. Ya Allah!! menggigil kepala lutut aku & rasa sebak cam nk nangis nampak baby yg aku rasa baru bbrapa bln tcampak kluar & ada dtengah2 jln. Aku terus jerit brother tu suruh angkat baby yg tgh menangis tu. Brother tu mcm panik tpi aku jerit suruh dia angkat.

Syukur kereta dlaluan itu semua berenti. Aku pergi kat lancer tu & ada org suruh mangsa mengucap. Bila aku tgk kedua penumpang dh diam. Aku nampak penumpang depan perempuan, masih ada seatbelt & airbag dh kempis. Kepala penumpang dh tunduk kdpn tpi aku yakin tengkok patah sbb nampak tulang tengkok mcm nk tkeluar. Dia dh tk bnyawa. Aku periksa pemandu lelaki, masih pakai seatbelt & airbag dh kempis. Pemandu itu pn tlentok kaku. Ada kesan lebam dleher. Aku yakin dia pn dh tk bnyawa. 

Aku terus pesan pd dua tiga org yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dh tk bnyawa. Apa2 hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas & aku pn bersihkn serpihan lancer tu utk buka jln. Aku tnampak bbrapa document peribadi mangsa atas jln terus aku kutip kumpulkn satu tempat. 

Aku periksa baby tu, dahi dia luka. Nampak isi warna putih & bdarah. Aku terus kumpulkan beg2 yg tcampak keluar & utk cari beg baby lalu aku kumpulkn stempat. Alhamdulilah ada sorg pakcik & anak perempuan dia dtg bantu pegangkn baby itu. Aku keluarkan tuala dari beg baby utk ttup kepala dia. Aku cari susu tpi dh takde dlm beg. Aku selongkar beg mangsa utk cek document yg mungkin blh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tpi semuanya cuma document peribadi mangsa & takde no ahli keluarga mangsa.

Dlm masa 20 minit lepas kejadian ttiba ada pakcik tu ambil phone mangsa & call ahli keluarga mangsa. Rupanya ada ahli keluarga mangsa convoi bsama mangsa hampir sampai ktempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai terus kita suruh ambil baby dulu & hantar khospital. 
Aku rasa mcm nk ambil gambar mangsa tpi tk sampai hati. So aku ambil gambar kereta mangsa sja dari depan. Pastu dlm bbrapa minit polis, bomba, ambulan pn sampai. 

Aku kat tempat kejadian dlm sejam & berulang2 kali aku tpaksa cerita dari awal hingga akhir. Sempat juga aku cerita pd ahli keluarga mangsa yg dtg ambil baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata accident 200km/j. Dlm masa bbrapa saat, 2 nyawa melayang, baby tpelanting keluar kereta & baby yg tk tau apa2 khilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjlnan ke KL dgn kelajuan yg tk sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah trauma & ketakutan. Dlm kereta sunyi sepi tk bborak, radio pn tk on. Sampai tol gombak bru aku buka radio & cuba bcakap dgn wife aku 




note:rasa sedihnye ,insaf jap....kesiannye kt baby tue....

Tuesday, May 15, 2012

SiNoPsiS NoVeL/drama SeiNDaH SaKuRa



Assalammualaikum

aku saje nak sharing sikit,mesti ramai yang tak sabar 
(mcm aku la)gelojoh tak sabar nk tggu abis cite hehe
lagipun aku tak pernah baca novel nie
nak tau ending @ sinopsis Drama SEINDAH SAKURA yang sekarang tengah ditayangkan di TV3 
setiap isnin-khamis 7.00ptg - 8.00malam kan
yang di adaptasi dari Novel SEINDAH SAKURA
so setelah digoogle aku pun dapat la web nie.
aku copy paste je nih dari tuan punya web...
mohon halalkan yer...kita sharing2.. 
sinopsis senang nak paham...hehehe

Kisah ni bagi aku dalam kategori kisah yang heavy lah. Bagi yg gemarkan kisah yg sarat dengan konflik, memang ini adalah pilihan yang tepat. Bagi saya dalam novel kelima ini Liza Zahira menampilkan pengisahan yang kemas dan lebih menarik berbanding sebelum ini, tambah2 pula and sulaman rentak komedi yg tak disangka2 walaupun tak banyak tetapi tetap membuat kita ketawa. Sebab before this kalau baca karya2 LZ memang kisahnya cintanya serius.

Rasa banyak nak cerita, tapi aku cuba ringkaskan. Shakira disangka pelajar bermasalah oleh gurunya, Airil. Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil kerana buruk sangka pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil. 
(awas banyak spoiler di hadapan, kalau nak baca novel ni dan memelihara elemen2 kejutan ketika membaca, 
boleh stop baca kat sini :)
Then ibu Shakira, Rosmah, yg lama menghilang telah muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun anak datuk tu, Anida membencinya, kerana rumah buruknya telah hangus terbakar.

Anida tu jeles dgn kemesraan antara Airil dgn Shakira lalu membuat fitnah dan perangkap agar Airil terus membenci Shakira.
Aku geram jugak biler Airil tu mcm mudah sangat percaya dengan fitnah budak 16thn sedangkan satu rumah tahu Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. siap maki hamun terang terangan.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Syakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Syakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Perasan la Airil tu. Lepas tu bleh plak frust n bawa diri ke London sambung belajar.

Dengan ihsan Datuk Walid, Syakira berjaya meneruskan pelajaran dan amik SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila pandangan org tua tu dah kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid utk membawa pulang ibunya yg HIV positif utk dirawat secara rapi di rumah, Syakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun takkan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Syakira tentula tak mau tapi ibunya melihat itu sebagai peluang utknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yg membelenggu Shakira sejak lahir. Syakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yg datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yg kononnya mahu membantu (mcm kisah benar yg pernah saya baca di akhbar/majalah) dan kemudian dia juga hampir2 dilacurkan. semua tu berlaku dlm tempoh kurang 2 hari kalau tak silap. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan 'pakcik' seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat2 tersebut, lalu dptlah dia berbini baru yg baginya seiras dgn arwah isteri pertamanya dulu.

Scene nak gi pejabat kadi tu unexpectedly kelakar lah, bermula dari pagi2 tu lagi Shakira lambat bangun, dia bersiap dlm masa 6minit ja dan sah2 la tak mandi. Masa dlm keta dgn org2 tua tu, dia siap tido berdengkur sampai pak imam tegur kata kat datuk tu biasa la, budak2 memang macam tu. haha malu jer, tau pun kawin dgn budak2. Lepas tu pulak berpeluh2 tunggu tok kadi sbb letrik tarak, Shakira masuk dlm keta ekon terus 'harum' semacam satu keta bau org takmandi + bau peluh fresh. haha.

SElepas 4 tahun ijazah, Syakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh tu dia rapat dgn Putera Haziq yg sungguh2 menyintai dia, siap curi2 gi rumah Syakira dan melamar Syakira melalui DAtuk Walid yg disangka ayah kpd Syakira. tu pun lawak jugak. Sebenarnya masa tu Datuk Walid sdg menguruskan urusan penceraian diorang, mgkin sbb rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Syakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ni ada agenda yg baik dan positif utk Syakira. Dia bukannya org tua miang, cuma cara penceritaan mula2 tu mcm nak buat kita percaya Datuk tu teringin bini muda belia. Saya rasa kagum jugak dgn innocent nya si Syakira tu masih lagi mempertahankan maruah diri walaupun beberapa kali dia terdedah pada bahaya itu. Selepas berkahwin ngan Datuk Walid dulu dia jadi seorg gadis yg sudah berani bercakap sinis. Dan lepas bercerai dan sebahagian harta dapat la diserahkan pada Syakira tanpa perlu dipersoalkan sesiapa akan haknya itu.

Tapi tindakan ni buat aku rasa Datuk Walid lebih pentingkan kebajikan dan masa depan Syakira dan seperti melupakan anak kandungnya sendiri, Anida, yg lebih memerlukan bimbingan kerana sikapnya yg bongkak tu. 

Aku suka la part interaksi Shakira dgn Ghani yg perasan bagus tu. Shakira tampak sangat yakin berdepan dengan situasi dlm syarikat tu. Bagi aku cerita ini ada pergerakan cerita yg pantas dan tidak membosankan tetapi kehadiran Roni dalam hidup Shakira kelihatan seperti anti-klimaks sedikit. Kalau la Airil yang muncul masa tu dan endingnya di situ, rasanya aku akan sangat gembira. haha.. ciss mementingkan kegembiraan sendiri!

Apa2pun citer ni happy ending :) yg org jahat mendapat balasan setimpal.


p/s: penulisan tuan web,aku xubah pape pun...ori fresh dri web....
Mood :gejojoh tak sabar nak tggu cite tue abis...

Tuesday, May 8, 2012

IKaN GuPPy

Assalammualaikum...
saja nak berkongsi hobi baru nih..kekke
semenjak keluar wad nih,rajin la polak...
sebenarnye lama dah nak bela @ memelihara ikan guppy..
tapi tak berkesempatan nak membeli...
baru2 nie ade kawan sudi memberi ..
mekasih nana bagi,pastu si amy & wanie plak ajak g kedai..
so bertambah la ikan2 sayer.....
dengan bangganyer sy nak tunjukkan ikan sayer...kekekkeke

 memula je nih,sikit je ikan..


 nie yang dekat rumah...
cian dia berdua jer...



sekarang nie,penuh ikan-ikan sayer...
biler tengok ikan2 nie berenang,rase macam tenang jer...
so aku ambik keputusan bela di opis ngan rumah
tenang jer bile tengok...
membuatkan kita leka/ralit....hehhee...



note:ade 2,3 ekor ngah pregnnt tau ikan nih...tak sabar nk tggu dia beranak..hihi

Monday, May 7, 2012

KaLi PerTama MeNang GA

Salam
saje nak update untuk penghargaan kenangan
kali pertama menang GA yg dijoin..
syukur alhamdulillah...
terima kasih pada
hadiah selamat diterima...
hadiahnye adalah...
barangan dari Langkawi dan Topup Rm5
Selamat diterima..




p/s: nana nnt buat la lagi GA..hehehe

Sunday, May 6, 2012

BiLa ALLaH SaYaNG KaMu

ASSALAMMUALAIKUM....

sorry la lama blog nie tak berupdate...
tuan tanah tak bape sihat ditambah dengan intenet yang tak menentu lembab bak siput sedut lagi so bersawang la blog beliau,banyak cite sebenarnya nih,nak bermula yang mana 1 pun taktau,hehehe..
di pagi yang hening nih,aku bukakkan mata takyah tido
untuk update sikit blog yg bersawang nih...

Bila allah sayang kamu,Allah akan mengujimu dengan dugaan..
Allah menguji aku dengan kesakitan,aku dimasukkan ke 
wad Hospital Putrajaya
pada 22/4/2012 - 25/4/2012
4 hari jugak la aku berkampung di sana
first time kot masuk wad,agak tacing la...maklum la mak jauh di kedah
TERIMA KASIH 
yang paling utama,semestinya kak aku la
KAK INA...
susah payah menguruskan kemasukan aku ke wad
sediakan barang2 keperluan
kawan-kawan yang datang melawat,menjaga aku kakmai & shikin
Alawiah tak sempat nak menjaga,sebab turn dia aku dah kuar
 check out,alhamdulilah..
ala mekasih bg pau..hehe
tidak lupa yang mendoakan kesihatan aku supaya cepat pulih/sembuh..terima kasih
sekarang nie aku tgh follow up di HKL
sbb takde pakar di Hospital Putrajaya..
penyakit lak usah ditanya sbb belum dapat detect lagi...
doakan aku takde pape la yer...
insyaallah...

nie aku selitkan sikit buktinya ...cewahh...
sebangai kenangan yg pertama & terakhir
insyaallah..

 wajah seorang pesakit...

 dimasukkan oksigen

 kawan2 seopis datang melawat
sampai buatkan aku menangis terharu...
terima kasih korang....
sebenarnya ramai lagi yang datang 
cuma aku tak sempat nak ambik pic
maklum la diorg masukkan ubat,so lalok sikit
yang takde pic jgn berkecil hati yer...
terima kasih banyak2...
diantaranya
Fiza(org paling awl),amy,wanie,Fira,Ashikin,Ala,Kak Mai,nad,nurul,shikin,ela,kak zilla,kak zam,nad,pikah,cik shikin,kak maz,kak wati,kak nurul
cc zu,cc saadiah,fizal,razif,nikman,hafiz,
dan ramai lagi...tak tertulis aku..


 sumbangan2 yang diterima...
terima kasih ya allah...
Shikin dan Kak Mai yang menjaga aku dimalam hari...
jasa korang takkn kulupakan hingga akhir hayat..
hanya alllah dapat membalas..
dan juga
DR dan nurse di hospital putrajaya..
terima kasih...


terima kasih pada semua ...
yang terlibat secara langsung @ tidak langsung...

NoVeL Yg AKu Baca 2012- jan 2013

1:Andai Itu Takdirnya *****
2:Cinta Kau Dan Aku *****
3:M.A.I.D ******
4:Ombak Rindu *** jd filem 2011
5:Adam & Hawa *** jd drama 80 ep 2012
6:Kalau Memang Harus Begitu *****
7:Aku Bukan Misstress **
8:Isteri Separuh Masa ****
9: Mampu Mencintaimu ****
10:Sayang Cikgu Ketat-Ketat ****
11:Nah Untuk Awak ***
12:Cinta Yang Kurasa *
13:Kau Kekasihku ***
14:Kasih yang Suci **
15:Seindah Sakura * jd drama tv3
16 :Kau yang Terindah * jd drama tv3
17:Gemersik Kalbu *jd drama tv3
18:Bukan Tak Sudi
19:Semalam yang ku tinggalkan
20:Cintaku Satu
21:Cinta Hatiku
22:Warna Hati
23:Andainya Bukan Untukku ****
24:Shah & Sha ***

##byk lg baca tp dh lupa,tahap best bergntung pd bpe *