Sunday, July 31, 2011

SeLaMat MeNyaMBuT RaMaDHaN 2011(1432)

Assalammualaikum semua ...
Disini aku ingin mengucapkan 

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2011
PADA WARGA BLOGGER-BLOGGER SEKALIAN
KELUARGA & KAWAN-KAWAN SEMUA

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN
SEMOGA PUASA KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT ...
SEMOGA AMALAN YANG KITA LAKUKAN DIBULAN RAMDHAN DIRAHMATI ALLAH

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

P/S : Aku dengan kerendahan hati memohon kemaafan jika ada salah dan silap dalam aku berblog nie
dan membe2 yang baca,mohon maaf andai terkasar bahasa,terguris hati korang,maafkan aku la erk
cheers

Saturday, July 30, 2011

Pengubat JiWa

PENGUBAT HATI & JIWA
dikala kesorangan kesunyian kemurungan melanda diri...
akanku perdengarkan ayat-ayat suci 
di telinga,tak kire la baca sendiri @ dengar melalui mp3 hp
@ di web Al-Quran 
tah la sekarang nie semenjak dua menjak telinga aku mesti nak kena dengar 
ayat suci al-quran 
kalau tak dengar ,rasa gelisah jiwa...macam ada yang tak kena jer
tue la yg aku sedar perbezaan diri aku semenjak menerima rawatan 
oleh 
Asyraf Muslim & Ustaz Lokman
di Pusat Rawatan Al-Hidayah
macam2 ujian yang aku terima...moga aku tabah mengharunginya....
insyallah....

Kami telah beriman(I am full of faith to Allah), sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
-SURAH AL-ANKABUT AYAT 2-3
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-SURAH AL-BAQARAH AYAT 286
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-SURAH AL-IMRAN AYAT 139
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
-SURAH AL-BAQARAH AYAT 45
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-SURAH AT-TAUBAH AYAT 129
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. 
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-SURAH YUSUF AYAT 87

note:::moga aku sihat seperti sediakala..hati/jiwa tenang...

Wednesday, July 27, 2011

SaLaM PeRpiSahan....

Salam semua...
entry nie khas untuk Che Gayah @ nama manja ''Mak Gayah''
start 26 Julai 2011
die dah start pencen & berakhirlah gelak tawa bersama die..
di unit pp,fdc & zon dahlia
semalam last keje kt BPP


Mak Gayah yg maintane jer..ngan Cik Kema..
mesti nanti aku rindu dengan mak gayah,tadi pun time balik dari solat zohor
slalu aku lalu kat meja die n disapa...
tapi arinie takde sape nak menyapa aku..sob sob
takde sape nak tegur aku dah kalau aku solat lambat..kikikiki...
dulu aku duduk sebelah mak gayah jer..
sebab tue rapat sikit..menumpang kasih la katekan,yela mak sendiri kan jauh...
lagi satu mak gayah nie cakap utara gak..tue yg best...
so aku ade geng la nak cakap kedah..hehe
tue masa aku dok unit FDC dulu la...
sekarang semuanya berubah....
Amy ,Mak Gayah & Cik Kema..
semalam Mak Gayah start pencen dan semalam jugak
mak gayah selamat menjadi nenek..
dalam dok sibuk2 tawaf tuk bersalam salaman warga2 Bpp
terima berita yang anak sulong mak gayah dah bersalin
Mak Gayah dah tukar status kepada Nenek...
dapat cucu lelaki 
26/07/2011
dalam kul 4 ptg camtue la

TAHNIAH MAK GAYAH...
MOGA DIBERI KESIHATAN YG BAIK,BERGEMBIRA SELALU
DIBERKATI ALLAH s.w.t

selamat menjaga cucu yer...hehe

NoVeL Yg AKu Baca 2012- jan 2013

1:Andai Itu Takdirnya *****
2:Cinta Kau Dan Aku *****
3:M.A.I.D ******
4:Ombak Rindu *** jd filem 2011
5:Adam & Hawa *** jd drama 80 ep 2012
6:Kalau Memang Harus Begitu *****
7:Aku Bukan Misstress **
8:Isteri Separuh Masa ****
9: Mampu Mencintaimu ****
10:Sayang Cikgu Ketat-Ketat ****
11:Nah Untuk Awak ***
12:Cinta Yang Kurasa *
13:Kau Kekasihku ***
14:Kasih yang Suci **
15:Seindah Sakura * jd drama tv3
16 :Kau yang Terindah * jd drama tv3
17:Gemersik Kalbu *jd drama tv3
18:Bukan Tak Sudi
19:Semalam yang ku tinggalkan
20:Cintaku Satu
21:Cinta Hatiku
22:Warna Hati
23:Andainya Bukan Untukku ****
24:Shah & Sha ***

##byk lg baca tp dh lupa,tahap best bergntung pd bpe *