Friday, February 8, 2013

Heppy Chines New YeaR

AS salam..

entry pendek dan terpantas... 
tengah packing2 baju bajan...jap lagi dah nak balik kampung...yahoooo....
bertolak kul 4 pagi,mintak2 tak jemmd sangat la...
aku balik terus ke Jitra,pastu baru balik Sg Petani...hehe
Bercuti selama 5 hari...
9/2/2013 - 13/2/2013

okeh bye2...

SELAMAT BERHOLIDAY YER KAWAN-KAWAN

update: terpaksa cuti lagi sampai 17/2/2013 
kerana kesihatan tidak mengizinkan

Tuesday, January 29, 2013

AnDaInYa Bukan UnTuKkU

ANDAINYA bukan UNTUKKU

kan aku cakap dekat entry sblm nie aku ade bace 2 buah novel kan,
novel nie la yang satu lagi...
best jugak tau...



Sinopsis :

Dania diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara masing-masing.

Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka.

Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. 
Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania.
kredit to kaki novel


aku tambah sikit boleh kan,hehe
Dania membawa diri dengan melanjutkan pelajaran di London tanpa pengetahuan Faeiz
Ilyana dan Faeiz bercerai selepas 8 bulan berkahwin,
Faeiz cuba mencari Dania di London tetapi hampa
mereka bertemu setelah 5 tahun..
akhirnya Faeiz hidup bahagia dan dikurniakan sepasang cahaya mata kembar lagi....




entry auto publish











Monday, January 28, 2013

NoVeL Sha & ShaH

Assalammualaikum...
SELamat Menyambut Thaipusam bg yang beragama Hindu..
Selamat Bercuti bagi yang cuti harinie termasuk aku...
Cuti 3 hari nie aku habiskan masa dengan membaca novel jer..
boleh la abiskan dua buah novel...
okey yang pertama...

SHA & SHAH..   


Watak : Sha (Farisha) Shah ( Fariz Ameerul Shah)

Sinopsis versi aku bg sikit jer:

Sha & Shah sahabat rapat kira BFF la,Shah berkahwin dengan bffnya sha sbb xnak dikawenkan dgn pilihan ibunya.
Shah pilih Sha sbb Sha nie memang dah kenal diri dia perangai ''palyboy''nya...
kira nak selamatkan diri jugak la kan,
Sha setuju kawen dengan shah sebab kesian tapi dalam hati ada jugak "suka"
Kawen duduk serumah,sekatil tetapi buat hal sendiri kire tak macam pasangan suami isteri yg normal la... mengongkong atau ade istilah cemburu takde la.
tetapi lama-lama wujud perasaan cinta terhadap pasangan...
mereka hidup bahagia..hehe..

cukup la kan,takyah cite lebih-lebih...tp part mule-mule tue ade la lucu-lucu sweet gitu..
lelama kesian+sedih pun ade,konflik pun ade..
akhirnya bahagia...
kalau tak paham gak ape yang aku tulis,
beli sendiri baca sendiri senang...kekeke


P/s : Banyak yang aku baca novel nih,asyik la kena kawen terpaksa...adoiiii.....
pastu nama-nama sedap2 lak dalam novel kan


semenjak 2 menjak nih,asyik la entry pasal novel.....
layan jelah..



      







NoVeL Yg AKu Baca 2012- jan 2013

1:Andai Itu Takdirnya *****
2:Cinta Kau Dan Aku *****
3:M.A.I.D ******
4:Ombak Rindu *** jd filem 2011
5:Adam & Hawa *** jd drama 80 ep 2012
6:Kalau Memang Harus Begitu *****
7:Aku Bukan Misstress **
8:Isteri Separuh Masa ****
9: Mampu Mencintaimu ****
10:Sayang Cikgu Ketat-Ketat ****
11:Nah Untuk Awak ***
12:Cinta Yang Kurasa *
13:Kau Kekasihku ***
14:Kasih yang Suci **
15:Seindah Sakura * jd drama tv3
16 :Kau yang Terindah * jd drama tv3
17:Gemersik Kalbu *jd drama tv3
18:Bukan Tak Sudi
19:Semalam yang ku tinggalkan
20:Cintaku Satu
21:Cinta Hatiku
22:Warna Hati
23:Andainya Bukan Untukku ****
24:Shah & Sha ***

##byk lg baca tp dh lupa,tahap best bergntung pd bpe *