ASSALAMMUALAIKUM SEMUA...
harinie dah genap kita berpuasa 13 hari kan,kejap jer rase..
puasa kali nie aku tak penah berbuka di luar lagi..
*badget rajin masak.keke
bazar ramadhan pun baru 2x pegi kot...
hasil terjahan blog member2 nampak ade promosi
SEMANIS AROMA BUFFET RAMADHAN ditambah dengan member opis mengsyorkan lagi..
berminat la polak....
jom ramai2 weh kita serbu buat rombongan ...
Copied from Ramadhan Buffet MAEPS@fb : Buffet Ramadhan yang berkonsepkan warung dan buffet ini juga amat menarik dengan sajian yang berasaskan masakan Melayu, Cina, India, Thai dan juga Barat seperti seperti Ayam Percik Negeri Sembilan, Daging Reneh bersama Sayur-sayuran, Ikan Salai Lemak Cili Api, Udang Sambal Petai, Ikan Patin Masak Asam Tempo yak, Tomyam Seafood, Thai Green Curry, ‘Lo Han’ Vegetables, Lamb Mysoor,
Tandoori Fish dan macam-macam lagi.
Tidak lupa juga Warung Kambing Panggang, Warung Ikan Panggang yang besar, Warung Bbq (Ayam, Sotong, Ikan, Daging dan Sosej), Warung Satay, Warung Aneka Mee, Warung Jom Beriani, Nasi tomato, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Warung Roti Canai dan Roti John, Warung Steamboat, Aneka Bubur Manis dan Bubur Lambuk, Warung Ais Kacang dan juga aneka kuih-muih melayu, kurma, puding dan juga pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman yang disajikan.
meleleh siot tgk kambing golek
Perkara : Hidangan Buffet Ramadhan
Tempat : Dewan Banquet UPM
Dibawah kendalian : UPM Holdings
Tema : Semanis Aroma
Tarikh : 23 Julai – 17 Ogos 2012
Masa : 6 ptg – 10 malam
Harga :
Dewasa
RM 49.50 nett
Kanak² (7-12 tahun) RM 24.50 nett
Hidangan istimewa : Kambing panggang dan ikan panggang,
setiap hari
Hidangan Hebat : BBQ Ayam, Ketam, Udang, Sotong, Ikan, Daging, Sosej dan banyak lagi
Info lain : Lebih 200 jenis makanan dan boleh menampung sehingga 1500 pax sehari
No Telefon : 012-3903191 / 012-3131091 / 012-3825091 / 012-3849091
So jangan lepaskan peluang ini!!!!!!
Ramai-ramai kita terjah memenuhkan ruang perut.. hehe