Assalammualaikum...
salam jumaat semua....
lama aku tak update,malas semakin menebal sekarang nie
saja nak berkongsi,semalam aku baru sahaja abiskan baca novel nie
sampai pukul 3.20 pagi tau,pagi nie datang keje dengan mata panda..hahaha
jom layan sinopsis
Alisa berumur 17 tahun dipaksa kahwin oleh ibu bapa sebelum berangkat ke Mekah menunaikan Haji,mak ayah Alisa tidak mempercayai sikapnya yang liar untuk ditinggalkan sendirian kerana alisa anak tunggal,mak ayahnya mencadangkan dia berkahwin dengan sepupunya sendiri hafiz dan juga ustaz (guru agama) yang mengajar di sekolahnya,
Pernikahan mereka dihadiri keluarga terdekat sahaja dan berlangsung tanpa majlis persandingan kerana majlis akan dibuat selepas alisa abis peperiksaan SPM nanti.
Tetapi Ustaz Hafiz berjaya membentuk Alisa menjadi isteri yang muslimah lagi dibanggakan. Dan result SPM dia 9A!
Mereka hidup berdua dan pelbagai pahit manis romantik,
sepanjang perkongsian hidup
Walaupun ada godaan yang tiba melanda hati Alisa sepanjang menjadi
mahasiswi (kerana dia tidak bersedia memaklumkan status perkahwinannya,
bimbang tidak mendapat penajaan biasiswa), tetapi akhirnya Alisa sedar
andai dia menurut kata hati dan godaan seorang lelaki lain yang baik
terhadapnya, sudah pasti rumahtangganya akan tergugat.
Last sekali Alisa dapat menerima hakikat yang dia sudah berkahwin dan bergelar isteri,setelah tamat pelajaran mak ayahnya menghadiahkan pakej hanoeymoon di Sabah.
Perasaan malu masih menebal dalam diri Alisa
Malu tapi Mahu...
Akhirnya Alisa hidup bahagia dengan ustaz Hafiz dan mendapat cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga ....
p/s :Drama suami aku ustaz akan keluar tak lama lagi...
lakonan adi putra & nora danish lagi...auwww....