Tuesday, January 29, 2013

AnDaInYa Bukan UnTuKkU

ANDAINYA bukan UNTUKKU

kan aku cakap dekat entry sblm nie aku ade bace 2 buah novel kan,
novel nie la yang satu lagi...
best jugak tau...



Sinopsis :

Dania diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara masing-masing.

Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka.

Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. 
Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania.
kredit to kaki novel


aku tambah sikit boleh kan,hehe
Dania membawa diri dengan melanjutkan pelajaran di London tanpa pengetahuan Faeiz
Ilyana dan Faeiz bercerai selepas 8 bulan berkahwin,
Faeiz cuba mencari Dania di London tetapi hampa
mereka bertemu setelah 5 tahun..
akhirnya Faeiz hidup bahagia dan dikurniakan sepasang cahaya mata kembar lagi....




entry auto publish











Monday, January 28, 2013

NoVeL Sha & ShaH

Assalammualaikum...
SELamat Menyambut Thaipusam bg yang beragama Hindu..
Selamat Bercuti bagi yang cuti harinie termasuk aku...
Cuti 3 hari nie aku habiskan masa dengan membaca novel jer..
boleh la abiskan dua buah novel...
okey yang pertama...

SHA & SHAH..   


Watak : Sha (Farisha) Shah ( Fariz Ameerul Shah)

Sinopsis versi aku bg sikit jer:

Sha & Shah sahabat rapat kira BFF la,Shah berkahwin dengan bffnya sha sbb xnak dikawenkan dgn pilihan ibunya.
Shah pilih Sha sbb Sha nie memang dah kenal diri dia perangai ''palyboy''nya...
kira nak selamatkan diri jugak la kan,
Sha setuju kawen dengan shah sebab kesian tapi dalam hati ada jugak "suka"
Kawen duduk serumah,sekatil tetapi buat hal sendiri kire tak macam pasangan suami isteri yg normal la... mengongkong atau ade istilah cemburu takde la.
tetapi lama-lama wujud perasaan cinta terhadap pasangan...
mereka hidup bahagia..hehe..

cukup la kan,takyah cite lebih-lebih...tp part mule-mule tue ade la lucu-lucu sweet gitu..
lelama kesian+sedih pun ade,konflik pun ade..
akhirnya bahagia...
kalau tak paham gak ape yang aku tulis,
beli sendiri baca sendiri senang...kekeke


P/s : Banyak yang aku baca novel nih,asyik la kena kawen terpaksa...adoiiii.....
pastu nama-nama sedap2 lak dalam novel kan


semenjak 2 menjak nih,asyik la entry pasal novel.....
layan jelah..



      







Sunday, January 20, 2013

Yeayy Sudah Sampai..


Saje jer nak ngade2...
nak bgtau novel yang terbaru dibeli selamat sampai dah...
kopak duit kalau bukak kaki novel nih 
Novel yang aku beli hanyalah
ANDAINYA UNTUKKU
SHAH & SHA



pastu hari yang sama dapat pulak pinjam novel drama tv3
yang digila-gilakan skrg nih
yeayyy dapat tau ending sebelum cite tue abis...
Zain Hakimi bile berambut pendek nampak hensem la..
drama tv3 isnin-khamis
7.00-8.00mlm
menjadi topik hangat di opis skrg nih..


sweet-sweet gitue cite dia...
penaja macam biase la yer,mekasih kerna bagi pinjam...
nanti kite give in take yer...
sama-sama tukar novel...hihi..
(mcm ni la org xmampu nak beli semua novel)kekeke

ENDING SETIA HUJUNG NYAWA best tau gembira wink wink *****

Monday, January 14, 2013

GaDuH-GaDuH SaYanG

Assalammualaikum...
ENTRY pertama 2013...
tak habis-habis dengan novel lagi aku nie...
biase la,bosan-bosan kat rumah,ngadap nie jerlah...
aku baru abiskan sebuah Novel nice2 jugak la....
disebabkan skrg org tengah giler tengok drma petang2 kan
Drama Setia Hujung Nyawa di TV3 ..adaptasi dari novel gak kan,
skrg nie dah jadi macam tren plak,filem/telemovie/drama adaptasi dari novel kan..
novel yang aku baca nie,dia sweet-sweet macam cite setia hujung nyawa gak la...hihi...
Sama tapi tak serupa...


Sinopsis :

"Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku." Syazana memasang tekad.

"Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala."
Rafi qi merancang. Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga.

Selepas kahwin, Rafi qi duduk sebelah rumah Syazana. Tidak mahu jatuh cinta kononnya. Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafi qi. Menonton televisyen sama-sama, main game PS sama-sama, makan sama-sama... Tapi ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh. Sudah gaduh, baik semula. Sudah baik, bergaduh semula.

Hai... entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan.




pelbagai halangan mereka tempuh kerana wujudnya 
ex-boyfriend,ex girlfriend kembali menagih cinta mereka,
Agak2 mereka akan bersatu tak??hihihi....
sila beli n baca sendiri...sekian...

p/s:buku yg aku beli tak 4 tak baca lagi,asyik membaca buku org jer..

Tuesday, January 1, 2013

SeLaMaT TaHuN BaRu 2013

Assalammualaikum ...
Selamat Pagi....

SELAMAT TAHUN BARU 2013 SEMUA...



aku baru balik dari sambutan 
AMBANG 2013 DI DATARAN PUTRAJAYA.
ade konsert dan bunga api..
orang ya allah,macam ulat..hehe

TAHUN 2012 DALAM LIPATAN SEJARAH/KENANGAN
TAHUN 2013 MENJELMA...

SEMOGA TAHUN INI LEBIH CEMERLANG LAGI DARI TAHUN SEBELUMNYA
DIBERI KESIHATAN YANG BAIK
DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
DI PERLUASKAN REZEKI 
MENJADI YANG LEBIH BAIK DI MATA  SEMUA
DI PERTEMUKAN JODOH...hik hik..
iNSYAALLAH...

AZAM 2013?????
FORWARD AZAM LAMA YANG TAK TERCAPAI..hihi
AZAM KORANG PLAK????

NoVeL Yg AKu Baca 2012- jan 2013

1:Andai Itu Takdirnya *****
2:Cinta Kau Dan Aku *****
3:M.A.I.D ******
4:Ombak Rindu *** jd filem 2011
5:Adam & Hawa *** jd drama 80 ep 2012
6:Kalau Memang Harus Begitu *****
7:Aku Bukan Misstress **
8:Isteri Separuh Masa ****
9: Mampu Mencintaimu ****
10:Sayang Cikgu Ketat-Ketat ****
11:Nah Untuk Awak ***
12:Cinta Yang Kurasa *
13:Kau Kekasihku ***
14:Kasih yang Suci **
15:Seindah Sakura * jd drama tv3
16 :Kau yang Terindah * jd drama tv3
17:Gemersik Kalbu *jd drama tv3
18:Bukan Tak Sudi
19:Semalam yang ku tinggalkan
20:Cintaku Satu
21:Cinta Hatiku
22:Warna Hati
23:Andainya Bukan Untukku ****
24:Shah & Sha ***

##byk lg baca tp dh lupa,tahap best bergntung pd bpe *